Assalamualaikum…
Semalam saya post pasal kek coklat ‘Indulgece’. Mesti tercari2 ape
nak wat dengan lebih putih telur yg 4 biji tu kan… so kali ni nak kasi
suggestion… saye simpan putih telur tu… 2 hari after.. saye pn terpk2
ape saye nak wat dgn putih telur ni.. last2, sy buat keputusan untk buat
pavlova. Kebetulan, semua bahan mmg ade. Heavy cream lebihan wat kek
dan buah2an frozen mmg dah ade kat rumah. So, just proceed.
Saya mmg x pernah mkn pavlova ni… tp sll la tgk post2 kat fb gambar
pavlova selain ade juga tgk dkt siaran masterchef, cantik.. tapi
serius.. saye x tau ape rasenye…
Pavlova adalah sejenis dessert mudah yang ‘base’nye diperbuat drp
meringue putih telur, bersama heavy cream dan toppingnye terdiri
daripada buah2an. Buah2an yg agak masam seperti berry, kiwi adalah
sangat sesuai supaya balance dgn rase manis meringue. Walaubagaimanapun,
ramai juga yg meletakkan pisang sbg topping. Pavlova sering disebut2
dgn teksturnya yang rangup/ rapuh di bahagian luar dan lembut seperti
gula kapas di bahagian dalamnye.
So.. hasil pertama kali buat pavlova ni.. saya boleh katakan yg ianya
sangat sedap……tekstur yg berbeza dari dessert2 yg sll kite mkn..
Selamat Mencuba!!!
Tipsnye: Pukul telur hingga betul2 kembang ( sehingga bile terbalik, putih telur tidak jatuh)
Sejukkan meringue pavlova di dalam oven setelah off the heater (lbh kurang 3-4 jam)
Meringue boleh disimpan selama 5 hari di dalam bekas kedap udara utk elakkan lemau
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cwn gula
1 st vanilla extract
1 st jus lemon
2 st tepung jagung
600 ml heavy cream/ double cream/ whipping cream
Cara-cara:
- Panaskan oven 150 degrees C. Alaskan parchment paper pada pan. Lukiskan bulatan (9 inch) pada kertas dan taburkan tepung jagung utk elak dari melekat.
- Pukul putih telur sehingga kembang (sehingga tidak jatuh apb diterbalikkan). Tp jgn overbeat ye.. Overbeaten egg whites lose volume and deflate when folded into other ingredients. Masukkan gula satu sudu at one time.
- Kemudian, kaupkan tepung jagung, vanilla extract dan lemon juice secara perlahan supaya putih telur tidak flat.
- Sendukkan campuran tersebut pada bulatan yg telah dilukis tadi.
- Turunkan suhu kpd 120 degrees C, bakar selama 1 jam setengah atau sehingga bahagian luar meringue kering.
- Off oven dan biarkan sejuk didalam oven.
- Pukul heavy cream hingga kembang, sapukan pada atas meringue. Toppingkan dgn buah2 kesukaan. Boleh juga taburkan sedikit di atas buah2an sedikit gula asing ataupun sirap buah2an. Untuk sirap buah2han, ambil sedikit drp buah utk toping, tambahkan 1 sudu besar gula dan microwave sehingga gula cair dan lembap. Kemudian, puree buah tersebut dan tuangkan di atas pavlova. (saya gunakan frozen mix berry sbg topping)
No comments:
Post a Comment